Monday, November 15, 2010

Salam Eiduladha 1431 H

. Bismillahirrahmanirrahim........
Dengan menyebut nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang, setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya diatas kurniaan nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus diberikan kepada hamba-hambanya. Sungguh nikmatNya yang tidak terkira dan dinilai dimata setiap makhlukNya. Salawat serta salam tidak pernah terhenti buat junjungan mulia, rahmatun lil'alamin, 'Muhammad Bin Abdullah', kehadirannya memberi cahaya kepada seluruh kegelapan, memberi kelembutan kepada kekerasan, memberi keadilan daripada kezaliman serta tidak lupa kepada para sahabat, tabi tabiin dan seluruh muslimin dan muslimat yang sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya..


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kepada masyarakat yang membaca blog ini selamat hari Raya EdulAdha buat kalian... Hmm..banyak perkara yang saya ingin meghuraikan pengalaman-pengalamanku sebelom ini..dari mulanya quiz, sampai ke mid dan bertambah pula dengan xsiment. Haha....tu baru name student, kalau xsibuk sebagai student baik jangan jadi student..jadilah pensyarah ka lagi bagus kot..hehe..tapi dalam kesibukan sebagai student untuk menyiapkan tugas..kita juga harus ingat, dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan apa tugas kita sebagai muslim??..


student juga harus memahami dengan kefahaman yang betul bahawa IPT bukan sahaja tempat berperanan pusat penyebaran ilmu, tetapi wadah untuk menegakkan agama Allah. di samping itu juga, bagi menyelesaikan masalah di kalangan pelajar supaya pelajar mendapatkan hak2 sebagai pelajar..Baru2 ini DS Khaled Nordin. Berkata, bagi merialisasikan peranan baru, penganjuran pelbagai program jalinan kemasyrakatan perlu diteruskan agar ia memberi faedah kepada kedua belah pihak. menerusi program tersebut pelajar dapat memahami isu, masalah dan cabaran yang di hadapi masyarakat pada masa kini dan membuat kajian mengenainya..ini menunjukkan mahasiswa tidak boleh mengasingkan diri daripada masyarakat, dan mereka mesti jadi tempat penyelesaian isu2 masyarakat yang dihadapi pada hari ini..



..Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada seluruh Jamaah Malaysia yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada thun ini 1431 hijriah. Semoga jemaah malaysia selamat kembali dengan haji yang mabrur. Gunalah kesemua peluang dan ruang semasa berada di bumi berokah ini untuk lebih mengeratkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Jamaah Haji diberi kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat oleh Allah supaya setiap rukun haji dapat ditunaikan dengan sempurna disamping melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain. Peluang untuk membersihkan segala kekotoran yang melekat dalam hati kita seharusnya digunakan sebaiknya oleh setiap jemaah...



Saya yakin dan percaya setiap orang berhasrat memijakkan kaki di tanah haram Makkatul Mukarromah hanya dengan satu misi iaitu mendapat pengampunan daripada Allah di atas setiap kesalahan yang dilakukan di dunia ini. Sesungguhnya Allah maha pengampun.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Kepada Jammah Malaysia yang belum tercapai hasratnya ke Mekah insayaallah sama2 kita bawa bersabar.semoga tahun yang akan datang dapat menjadi tetamu ilahi, dan diucapkan juga Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan semoga korban kita diterima disisi Allah SWT...ameen

Thursday, July 1, 2010

BerakhirnYa Tanzim IU 09/10

Pertubuhan dan pergerakan dakwah juga mempunyai konsep dan matlamat perjuangan tersendiri , berjuanglah dengan cita-cita untuk membangunkan kehidupan islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Terdapat 2 pembangunan yang amat di titikberatkan iaitu pembangunan insan dan pembangunan meterial.
Konsep perjuangan merupakan suatu proses yang berterusan bertujuan untuk membina insan samada dari segi mental iaitu penekanan dari segi ilmu, jiwa(kekuatan iman), mahupun fizikal(kecerdasan latihan dalam bekerja dan bertindak). Proses ini memakan masa yang panjang, oleh yang demikian , konsep ini di beri penekanan yang lebih antaranya dengan mengadakan suatu kursus kefahaman penghayatan islam di samping kuliah fardhu ain dan usrah serta tarbiah yang diwajibkan setiap ahli, inilah proses pembangunan insan yang menjadi teras pembangunan material. Pembangunan insan dapat melahirkan kekuatan asas dalam organisasi iaitu kekuatan iman, ukhuwah, kefahaman dan keselarasan .

Metarial dan mental juga di ambil hasil daripada proses pembangunan insan bagi bertujuan untuk mancapai 2 tahap iaitu hubungan dengan allah dan hubungan dengan manusia. Merupakan konsep perjuangan. Untuk membentuk hubungan dengan allah ialah perkara yang berhubung rapat dengan soal iman dan akidah suatu persoalan rukun islam yang lima. Iman perlu ditunaikan dengan bersungguh-sungguh supaya seseorang itu benar-benar bertauhid kepada Allah, Al-Quran, Rasul, Malaikat, Akhirat dan sebagainya.

“wahai orang2 yang beriman masuklah kamu ke dalam agama islam(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya”
(al-Baqarah 208)













"we are here not to judge, but to share"





Monday, June 7, 2010

membantah zionis israel laknatullah.

Alhamdulillah segala puji bagi allah yang telah mengizinkan ana menyambung lagi perjuangan ini di alam blog ini...hehe..kali ini madrasahpena ingin berkongsi sedikit sebanyak kepada antum yang membace blog ana ini..huhu..
Sekian lama tidak mengupdatekn blog ini ..sehinggakn ada hamba allah yang xkenali ini..(tapi kalau firasat macam kenal jeww).haha. bertanya kenape blog ni diam jeew?...huh soalan...xdapat den nk pikir..hehe..anywy memang lama laa sebab busy dengan xsiment,midterm,tambhn plak dh dekat dengan exam week..sebagai seorang student terpaksa laa ana kena menyibukkan diri dengan benda2 yang sepatutnya..huhu..
Pabila berakhirnya exam..trase lama plak xpergi dengar kuliah jumaat yang disampaikan oleh menteri besar kelantan itu sendiri...rancang punya rancang, ada juga masa untuk menghadirkan diri ke kuliahnya..hmmm, masa kalau kita manage dengan betul2, baik jadinya..yang menjadikan masalah itu kerana kita tidak dapat menilai masa dari sudut demensinya...sebab itu banyak mase yang terbuang begitu saje....kalau pergi ke kuliah jumaat xsah ana pergi berseorangan semestinya berjemaah dengan spupu ana yang masih bersekolah...hehe.. setelah sampai je di pusat bandaraya islam itu ana terkejut kenapa ramai orang yang membanjiri perkaranagan stadium sultam muhammad ke iv..hmmm..ana ingat ada demo apa..rupanya himpunan membantah kezaliman zionis israel laknatullah.. Pelbagai sepanduk mengutuk serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin....baru ana ingat ada flyers yang sampai kepada ana..huhu... Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan makanan ke Gaza....
Disitu kami dan Ribuan rakyat Kelantan menunaikan solat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin.. Biar pun cahaya matahari panas memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat Islam yang sedang ditindas di Gaza....turut sertai juga dari agensi-agensi kerajaan, NGO2..dll...
Tak lupa juga ada seorang wakil dari palestin..namanya abdul hadi.. beliau juga banyak menghuraikan isu-isu yang berkenaan dengan negaranya..apabila ana mendengar ucapan dari tuan guru sendiri ana terase tersentuh mengenai sifat2 yahudi yang tidak ada belas kasihan kepada kaum lain...beliau juga berkata seharusnya kita memperjuangkan islam dari kegilaan yahudi dan juga mana2 pihak yang menyerupai sifat2 yahudi...

(spanduk yg dipegang spupu ana...huhu..:D )






(walaupn matahari memancar ke atas kepala...mereka tetap khusyuk menghyati cramh MB..)





(inilah semangat yg dcari..huhu mant0p..takbir!!)




(ana cari sahabat ana akhi hafizuddin(a den)..tp xjumpa rpenya dia stay kt mlake..hehe)






(inilah spupu ana yg diceritakan itu...)




(huhu....madrasahpena kot, baru lepas solat hajat..:D)



(tuan Guru..yang mengimamkan solat hajat dprkarangn std sultan muhammad Iv)












Sunday, April 18, 2010

sedikit kemalangan

Hmmmm..ini cerita yg dh brlalu, tp hati rase mcm nk update kt blog madrasahpena plak....huhu..story nye.
xbrape pnjang..tapi Memang best tuu xlaa jugak!!! Coz sakit leee..bermulanya mau pergi ke KB sbb ade krja2 trtentu..alhamdulillah dengan izin allah sampai jugak ke KB untuk menyelesaikan kerja yng hendak laksanakan...kerja punya kerja...hingga petang dengan izin allah terlaksana jugak dapat menyelesaikan..and terasa plak nk balik ke rumahku syurgaku..hehe...lebih kurang 7 o’clock pm.. hati plak terasa nak singgah di masjid besar kubang kerian untuk melaksanakan tugas sebagai orang muslim(solat magrib ae) tapi bila tengok jam baru pukul 7....magrib lebih kurang pukul 7.30 masa tuu...prjalanan dari KK ke rumahku mngambil masa 20 minit jee..lepas tu bajet2 macam sempat je magrib kt rumah..maka teruskan perjalanan...lebih kureng sampai dpertengahan perjalanan pulang..kereta dihadapan brek mengejut..kitaorang pun brek mengejut juga laaa..tapi Alhamdulillah sikit lagi nk terlanggar kereta hadapan..pastu mari kereta belakang Booo langgar kitaorang dengan kuat plak tu(tercapai jgk langgar keta depan).. giler cuak...bila tengok bonet hadapan berasap..kitaowg bergegas keluar dari kereta..tapi Alhamdulillah ia Cuma gas aircond je...bila kitaorang tenggok driver kereta yg melanggar tu..mukanya gelisah,takut,kaku..dll.

.pastu driver 2 turun meminta maaf dlm keadaan resah,gelisah,dll jugak...kami bawa brbincang dengan elok2.. tapi nak buat cmne lagi kan...benda dh nk terjadi.. mintak maap byk2 la(kata driver tu)...pd hri tu hasrat untk solat drumah xtercapai jugak..kitaorang pun minta dari rumah dtepi jalan untuk menunaikan solat magrib...selpas bincang punya bincang...kes ni harus buat laporan polis,dh memng peraturan kes....hmm, tanpa sedari dh hamper pukul 12 midnight da...dan Alhamdulillah semua kerosakan, insuran yang cover smua...

Bahagian tengkak,lutut,badan dah ada rasa sakit sikit... tapi still ok coz dapat jalan walaupun sakit jgk... Alhamdulillah,..


Moment paling best ialah pengalaman pahit and jugak iqtibar pd masa tu....dalam merancang masa bila dengan allah... terasa byk sangat kesalahan yang kulakukan pada hari itu..but, alhamdulillah, mungkin ni teguran dari Allah kepada hambanya.....


mungkin banyak Moral of value dari story ini…antaranya

> Uatamakan ibadah yang lebih utama..baru hati rasa selesa untuk melakukan ibadah seterusnya...hmmm

> Kalau buat sesuatu kerje tu harus focus pada niat yang pertama dlu…(kerana allah)

> Sabar dalam melakukan sesuatu kerja n manghadapi dlm sesuatu ujian...dan jadilah professional dgn masyarakat...



Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil." (Ayat 55 : 28 Al – Qasas)





(ni gambar depan...klau belakang masyaallah teruk...habeh kemek)



Saturday, April 10, 2010

Jom hafal Quran

Just suggestion,and nak ikut-ikutlah tak nak sudah , tapi sekurang-kurangnya baca Quran dan kajinya..huhu
Adakah kita sebagai umat islam??
Hmm..katakan kita berumur 20 taon dan ditakdirkan hidup lama. Tak sampai umur 60 tahun kita dh jadi seorang al-hafiz al-quran 30 juzuk...
Apakah kita hafaz 1 juz setahun??
Lamanya 30 taon......
Banyak tu 1 juz...........
Tak de mase lah........
Senang lupa lah.......
Pak cik dah tua,dah terlambat dah......
Ho...ho...ini alasan biasa..30 tahun tu untuk mantapkan hafazan 100%. Satu juz sikit kalau nak dibandigkan percent kita buang masa, facebooking,surfing,gaming,peseing..huhu..masa boleh dicari, kalau bijak mencari..berdoalah supaya senang mengingati..jangan fikirkan kuantiti pak cik oi, tapi effort tu pak cik...antara kaedah , first hafal 3 baris al Quran setiap hari tarmasuk terjemahannya baru mantop..mula dengan hafal surah2 popular. Seperti as-sajaddah, al mulk, al jumuah,al insane, al waqiah.....just 30 minit je5 minit baca dengan betul , 10 minit hafaz dan lihat,15 minit hafaz tanpa lihat...antara masa terbaik untuk menghafaz adalah selepas tahjud sebelum subuh...

Friday, March 5, 2010

TAUBAT


hati hamba ini berada di antara dua jemari Al-RAhman. Ia membalikkan sekehendaknya.Ada orang mengatakan. Tidaklah terlalu menghairankan ,orang yang telah hancur bagaimana ia mati dalam kehancurannya. Namun yang lebih mengundang perhatianku adalah orang selamat ,bagaimana cara ia mempertahankan keselamatannya itu.

Satu bentuk lagi adalah orang yang menghabiskan perjalanan usianya dalam kelalaian dan malas melakukan amal soleh. Tapi kemudian ia tersedar untuk melakukan amal soleh,lalu mati. Demikianlah hal orang yang melakukan amalan para penghuni neraka hingga antara dirinya dan neraka itu hanya jarak satu lengan. Namun ajaran-ajaran kitab telah menentunya sehinggakan ia mahu melakukan amalan para penghuni syurga, lalu masuklah ia ke dalamnya..

Amalan-amalan itu harus dikerjakan sampai batas penghabisannya. Jika allah menghendaki kebaikan seseorang hamba maka ia akan melumurinya dengan madu.

Orang-orang bertanya termasuk diriku juga, Apa Maksud ‘Ia Melumurinya Dengan Madu’??

Allah menyedarkannya untuk berbuat amal soleh kemudian mencabut nyawanya.

Orang-orang beruntung ini antaranya..

Orang yang terbuka matanya sesaat sebelum kematianya datang dimana ia pergunakan waktu sempit itu untuk mengumpulkan bekal dengan amal soleh sebagai amalan penutup ajalnya..

Orang yang terbuka matanya ketika kematian menjemputnya lalu ia sedar untuk melakukan taubat nasuha, dan mati selepas itu. Aisyah r.a berkata jika allah menghendaki kebaikan seseorang hamba maka setahun sebelum kematiannya allah akan mengirimkan seseorang malaikat untuknya. Malaikat itu bertugas meluruskan dan memudahkannya hingga ia mati dalam keadaan sebaik-baiknya . dan orang-orang pun mengatakan , si pulan mati dalam keadaan sebaik-baiknya.

Saturday, February 6, 2010

kelupaan


Topic ini bukanlah untuk menyediakan formula untuk kita lupa.tetapi sebaliknya untuk menarik perhatian kita memahami fenomena lupa dan menyarankan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya. Tips berkaitan peristiwa Nabi Adam yang dikeluarkan dari syurga,memberikan hint bahawa sejarah lupa sama umurnya dengan sejarah kejadian manusia , surah al-khaf juga secara panjang lebar membawa kisah-kisah Nabi Musa, yang tiga kali terlupa mematuhi perjanjiannya dengan Nabi Haidir. Juga pernah sahabat besar dan ulama’ mashyur juga tidak terlepas daripada masalah kelupaan. Antaranya saidina Ali trpaksa mengadu pada Rasulullah mengenai kelupaan yang dihadapinya . Lazimnya mereka yang bersolat belakang imam-imam hafiz juga biasa ketemu dengan imam yang lupa dalam solat Tarawih.Kelupaan ialah fenomena nature kehidupan manusia yang susah mengatasinya.

Fenomena lupa dalam proses penghafazan al-Quran boleh dibahagikan pada dua keadaan iaitu lupa berat dan lupa ringan.lupa ringan tidak dapat recall ayat-ayat yang telah dihafaz, manakala lupa berat pula ayat2 yang dihafaz memang hilang terus dari ingatan,..ini dah memang kritikal ..huhu..kemungkinan seseorang ini mempunyai debu-debu dosa yang banyak kot sehingga susah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran...lupa ringan juga merupakan fenomena yang berlaku boleh dikaitkan dengan keadaan sendiri dan persekitaran yang tidak mengizinkan mengungkap ayat-ayat al-Quran yang telah tertulis @ registered dalam ingatan kita.ia mempunyai dua pengaruh utama yang menyumbangkan kepada lupa ringan, iaitu gangguan syaitan dan keadaan diri.