Thursday, July 1, 2010

BerakhirnYa Tanzim IU 09/10

Pertubuhan dan pergerakan dakwah juga mempunyai konsep dan matlamat perjuangan tersendiri , berjuanglah dengan cita-cita untuk membangunkan kehidupan islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Terdapat 2 pembangunan yang amat di titikberatkan iaitu pembangunan insan dan pembangunan meterial.
Konsep perjuangan merupakan suatu proses yang berterusan bertujuan untuk membina insan samada dari segi mental iaitu penekanan dari segi ilmu, jiwa(kekuatan iman), mahupun fizikal(kecerdasan latihan dalam bekerja dan bertindak). Proses ini memakan masa yang panjang, oleh yang demikian , konsep ini di beri penekanan yang lebih antaranya dengan mengadakan suatu kursus kefahaman penghayatan islam di samping kuliah fardhu ain dan usrah serta tarbiah yang diwajibkan setiap ahli, inilah proses pembangunan insan yang menjadi teras pembangunan material. Pembangunan insan dapat melahirkan kekuatan asas dalam organisasi iaitu kekuatan iman, ukhuwah, kefahaman dan keselarasan .

Metarial dan mental juga di ambil hasil daripada proses pembangunan insan bagi bertujuan untuk mancapai 2 tahap iaitu hubungan dengan allah dan hubungan dengan manusia. Merupakan konsep perjuangan. Untuk membentuk hubungan dengan allah ialah perkara yang berhubung rapat dengan soal iman dan akidah suatu persoalan rukun islam yang lima. Iman perlu ditunaikan dengan bersungguh-sungguh supaya seseorang itu benar-benar bertauhid kepada Allah, Al-Quran, Rasul, Malaikat, Akhirat dan sebagainya.

“wahai orang2 yang beriman masuklah kamu ke dalam agama islam(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya”
(al-Baqarah 208)













"we are here not to judge, but to share"