Friday, December 18, 2009

Islam amat tegas dan teguh terhadap prinsipnya

(teman2 seperjuangan kampus)
hmm..kalau nak diikutkn sebenarnya Orang islam yang beriman pada allah sebenar-benarnya amat tegas dengan prinsip islam,mereka ini tidak peduli apa yang orang nak kata,mereka tidak fikir orang.mereka juga tidak ada rasa malu-malu atau takut2 kepada sesiapa yang menentang allah(musuh allah). Yang mereka fikir, mereka dengan Tuhannya. Kerana Islam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya di dunia, diyakini dan dihayati.juga telah menjadi darah daging mereka. Telah sebati dan menjadi tabiat dirinya.mereka rasa, Islam adalah hidup matinya hingga menjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalan Islam itu terlupa bagi mereka yang mengamalkannya, terlalu amat kesal baginya dirasakannya dan tersangat sensitivnya kalau ada orang yang menentang dan menghina agamanya. Oleh itu mereka sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorban untuk islam.mereka lebih sayang Islam daripada diri mereka sendiri bahkan sanggup mati kerana islam. Orang begini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun mereka tetap mencari jalan mengamalkannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapat diamalkan atau diperjuangkan atau mereka mati kerananya.,,Takbir!!!!

Thursday, December 17, 2009

Ajaran Islam

DI DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu-ilmu yang penting itu boleh dibagikan kepada tiga bagian yaitu:

  1. Usuluddin (aqidah)
  2. Feqah (syariat)
  3. Tasawuf (akhlak)

Dalam pengamalannya, setiap orang Islam mestilah dan hendaklah melaksanakan secara serentak ketiga-tiga ilmu ini. Sama ada dari segi teori maupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Kalau dipisah pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya. ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga-tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak. Ia tidak boleh diamalkan satu-satu saja tanpa yang lain. Ber‘feqah’ saja atau ber‘usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan keIslaman seseorang. Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah-pisahkan dalam seluruh tindakan hidup. Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang2 fasiq Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sadari.

Dari ketiga-tiga ilmu ini, tapak atau azaznya adalah ilmu usuluddin. Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf). Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah Bangunan rumah serta peralatan-peralatannya itulah syariat dan akhlak. Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan sekiranya pondasi rumah tersebut tidak ada. Atau ia tidak kukuh dan tidak kuat. Justeru itu, dalam ajaran Islam:

Usuluddin itu adalah azaz Islam atau tapak Islam. Syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang-cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama. Karana ia mengesahkan syariat dan akhlak. Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.

Perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:

  1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat-sifatnya sama ada sifat-sifat yang wajib, sifat-sifat yang mustahil atau sifat-sifat yang harus.
  2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat-sifatnya.
  3. Keyakinan dengan kitab-kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.
  4. Keyakinan kepada para malaikat.
  5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.
  6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara-perkara lain yang merangkumi perkara di Ghaib.

Maka ilmu usuluddin yang menjadi azaz kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting. Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya. Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ’ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf. Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya. Hatta bisa jatuh kufur secara tidak sadar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat-sifat-Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur. Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu-ilmu yang lain. Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:

Terjemahannya: Awal-awal agama ialah mengenal Allah.

Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya. Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati. Tanpa dicelahi dengan unsur-unsur jahil, syak, zan dan waham. Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak. Ertinya tidak dapat apa-apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia-sia saja. Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah. Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya. Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.

Tamsilannya seperti sebatang pokok. Kalau pokoknya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi. Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya. Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik. Semua hukum-hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini karana ia boleh mencorakkan hati seseorang. Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.

Alhasilnya, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH. Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba-hambanya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang bertaqwa.

Wednesday, December 16, 2009

Jadilah Mahasiswa yang Matang

Generasi mahasiswa di institusi pengajian tinggi masih terbelenggu krisis kurangnya pembudayaan keilmuan an keintelektualan dalam kehidupan mereka. Walaupun ramai yang mempunyai ijazah,diploma,sijil-sijil kemahiran dan sebagainya tetapi masih tidak berupaya untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang memperolehi di menara gading untuk memperkembangkan terutama kepada masyarakat di luar kampus. Sebagai contoh, ramai graduan yang menganggur kerana gagal memanfaatkan kebolehan. Boleh jadi terdapat kesilapan dalam menanam doktrin yang menyebabkan lahirnya golongan-golongan yang hanya menumpukan bidang akademik sahaja atau dalam erti kata lain “kejar pointer”. Hal ini telah menyuburkan “budaya peperiksaan” dalam diri mereka.

Konsep ini harus diperbetulkan kerana kita belajar bukan hanya untuk kecemerlangan akedemik semata-mata tetapi sedang mendalami ilmu yang boleh memberikan maslahah atau manfaat kepada diri dan masyarakat.

Oleh itu, generasi muda kini terutamanya mahasiswa perlu kembali kepada kefahaman yang betul bahawa menara gading adalah wadah belajar untuk memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelek agar mahasiswa hari ini menjadi islamic leadership pada masa akan datang..

salam perkenalan & salam perpaduan

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan bahkan jutaan terima kasih kepada yang membuka blogger saya yang tak seberape mantap ini ..Setelah sekian lama menyepi, kini timbul menulis di alam blog ini semula dengan Izin-Nya...Walaupun masih merangkak2 dalam bidang ini, namun cetusan hati masih lagi kuat memaksa diriku untuk mendalami bidang bloggong ini...Mudah2an, dengan Izin dan Kasih Sayang-Nya, semua pihak dapat manfaat bersama dalam pembangunan dan penguasaan roh, akal dan nafsu yang sentiasa bersilih ganti menguasai jasad manusia setiap hari...

sekian lama diriku berada di negeri yang bersejarah ini, banyak yang boleh diambil experience2 sebagai mahasiswa university....sebagai gerakan 0rganisasi tanzim yang terpaksa menegakkan syariat islam di dalam mahupun luar kampus sepatutnya diriku ini telah pun berada dikampung yang dirindui
Namun tugas-tugas yang harus diselesaikan belum lagi dilangsaikan sepenuhnya maka terpaksalah aku berkampung di Bukit Beruang(malaka) ini terlebih dahulu walaupun hatiku sudahpun berada di desa tercinta. minggu depan bersamaan 20hb disember sebagai students mmu yang menggunakan system trimester berlangsunglah final exam semester ke-2 09/10, maka aku pun mulalah bergerak ke desaku sebagai penghijrahanku..sebelum melangkah ke final exam.kita akan melalui minggu yang di panggil study week.. Nak study bukanlah susah sebenarnya... Yang berat jadinya kerana ketidakupayaan kita menundukkan musuh di dalam diri kita... Sememangnya susah jika tiada ilmu dan dibantu Tuhan dalam melawannya... Tuhan, kalau rasul dan nabi, kau pelihara mereka... Kalau kami yang bukan rasul dan nabi, apalah yang dapat menyelamatkan kami?? Dengan Rahmat-Mu, Kau pimpinlah kami yang dhoif ini, walaupun banyaknya ilmu, belum tentu kami selamat jika tidak dipimpin...

Kepada sahabat2 sekalian, Selamat Mengulangkaji.... InshaAllah :)