Monday, November 15, 2010

Salam Eiduladha 1431 H

. Bismillahirrahmanirrahim........
Dengan menyebut nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang, setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya diatas kurniaan nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus diberikan kepada hamba-hambanya. Sungguh nikmatNya yang tidak terkira dan dinilai dimata setiap makhlukNya. Salawat serta salam tidak pernah terhenti buat junjungan mulia, rahmatun lil'alamin, 'Muhammad Bin Abdullah', kehadirannya memberi cahaya kepada seluruh kegelapan, memberi kelembutan kepada kekerasan, memberi keadilan daripada kezaliman serta tidak lupa kepada para sahabat, tabi tabiin dan seluruh muslimin dan muslimat yang sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya..


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kepada masyarakat yang membaca blog ini selamat hari Raya EdulAdha buat kalian... Hmm..banyak perkara yang saya ingin meghuraikan pengalaman-pengalamanku sebelom ini..dari mulanya quiz, sampai ke mid dan bertambah pula dengan xsiment. Haha....tu baru name student, kalau xsibuk sebagai student baik jangan jadi student..jadilah pensyarah ka lagi bagus kot..hehe..tapi dalam kesibukan sebagai student untuk menyiapkan tugas..kita juga harus ingat, dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan apa tugas kita sebagai muslim??..


student juga harus memahami dengan kefahaman yang betul bahawa IPT bukan sahaja tempat berperanan pusat penyebaran ilmu, tetapi wadah untuk menegakkan agama Allah. di samping itu juga, bagi menyelesaikan masalah di kalangan pelajar supaya pelajar mendapatkan hak2 sebagai pelajar..Baru2 ini DS Khaled Nordin. Berkata, bagi merialisasikan peranan baru, penganjuran pelbagai program jalinan kemasyrakatan perlu diteruskan agar ia memberi faedah kepada kedua belah pihak. menerusi program tersebut pelajar dapat memahami isu, masalah dan cabaran yang di hadapi masyarakat pada masa kini dan membuat kajian mengenainya..ini menunjukkan mahasiswa tidak boleh mengasingkan diri daripada masyarakat, dan mereka mesti jadi tempat penyelesaian isu2 masyarakat yang dihadapi pada hari ini..



..Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada seluruh Jamaah Malaysia yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada thun ini 1431 hijriah. Semoga jemaah malaysia selamat kembali dengan haji yang mabrur. Gunalah kesemua peluang dan ruang semasa berada di bumi berokah ini untuk lebih mengeratkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Jamaah Haji diberi kesihatan tubuh badan dan mental yang kuat oleh Allah supaya setiap rukun haji dapat ditunaikan dengan sempurna disamping melakukan ibadat-ibadat sunat yang lain. Peluang untuk membersihkan segala kekotoran yang melekat dalam hati kita seharusnya digunakan sebaiknya oleh setiap jemaah...



Saya yakin dan percaya setiap orang berhasrat memijakkan kaki di tanah haram Makkatul Mukarromah hanya dengan satu misi iaitu mendapat pengampunan daripada Allah di atas setiap kesalahan yang dilakukan di dunia ini. Sesungguhnya Allah maha pengampun.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur. Kepada Jammah Malaysia yang belum tercapai hasratnya ke Mekah insayaallah sama2 kita bawa bersabar.semoga tahun yang akan datang dapat menjadi tetamu ilahi, dan diucapkan juga Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan semoga korban kita diterima disisi Allah SWT...ameen

No comments:

Post a Comment