Saturday, February 6, 2010

kelupaan


Topic ini bukanlah untuk menyediakan formula untuk kita lupa.tetapi sebaliknya untuk menarik perhatian kita memahami fenomena lupa dan menyarankan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasinya. Tips berkaitan peristiwa Nabi Adam yang dikeluarkan dari syurga,memberikan hint bahawa sejarah lupa sama umurnya dengan sejarah kejadian manusia , surah al-khaf juga secara panjang lebar membawa kisah-kisah Nabi Musa, yang tiga kali terlupa mematuhi perjanjiannya dengan Nabi Haidir. Juga pernah sahabat besar dan ulama’ mashyur juga tidak terlepas daripada masalah kelupaan. Antaranya saidina Ali trpaksa mengadu pada Rasulullah mengenai kelupaan yang dihadapinya . Lazimnya mereka yang bersolat belakang imam-imam hafiz juga biasa ketemu dengan imam yang lupa dalam solat Tarawih.Kelupaan ialah fenomena nature kehidupan manusia yang susah mengatasinya.

Fenomena lupa dalam proses penghafazan al-Quran boleh dibahagikan pada dua keadaan iaitu lupa berat dan lupa ringan.lupa ringan tidak dapat recall ayat-ayat yang telah dihafaz, manakala lupa berat pula ayat2 yang dihafaz memang hilang terus dari ingatan,..ini dah memang kritikal ..huhu..kemungkinan seseorang ini mempunyai debu-debu dosa yang banyak kot sehingga susah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran...lupa ringan juga merupakan fenomena yang berlaku boleh dikaitkan dengan keadaan sendiri dan persekitaran yang tidak mengizinkan mengungkap ayat-ayat al-Quran yang telah tertulis @ registered dalam ingatan kita.ia mempunyai dua pengaruh utama yang menyumbangkan kepada lupa ringan, iaitu gangguan syaitan dan keadaan diri.

1 comment: